Friday 24 May 2013

Bersatunya jiwa bola

Bile ckp pasal JDT mesti perghh power mesti la dok joho xkan xnk follow game JDT an..
ak pon slah sowg gak penyokong setia JDT snggup dtg drpd muar ke Larkin semata2 nk tgk
JDT lawan..membawa semngat tu yg penting pada aku..tpi mcm biase ad yg x puas hati dgn game 
JDT nie sikit2 kutuk bukan owg joho la..

Tpi yg buat ak xpuas hati tu time kalah 1 ke 2 game jer da xnk 
dtg tgk JDT main..kite kne tanamkn smngat kesukanan setia bersama..contoh x jauh B.O.S yg dikenali 
sbgai Boys Of Straits..ak mmg respect gile kt diowg mnng ke kalah diowg tetap support 130%..
tapi pape pon hujan resit tetap terbaik..hehe..keep calm n love JDT
LUASKANKUASAMU!!! TETAP BERSAMAMU JOHO MERAH BIRU..







Berhujan resit tunduk jngan smpi kne kpale..haha..style EPL








masa nie ak g game PKNS VS JDT time nie xpe rmai turun






B.O.S


Kedudukan JDT liga super terkini

mainan kata2

dalam Perlahan  mencari ketenangan
sedang ketenangan memncar ke dalam hidup ini
ad lagi pengacau semacam engkau
yg xpernah menghargai mengacau hidup ini..

tenang hati aku skunk hadap life ak skunk
xpyahla nk cari ak lagi ..
troskan hidup kau disana
hati ak terguris bile dengar nama kau..

Monday 1 April 2013

terasa lama bagaikan dihimpit masalah

Assalamualaikum,

lame rasenye x update blog
masih lagi dapt mencuci paru2 hari nie

Gap ctu nie lambat sngt bagi bdk2 part 3 uitm

satu ap x bace lagi nie..
padahal kene study tapi bosan lagi..haiyaa
siap berjalan pusing2 g melake 
cuci mata..melihat kepanasan alam..:)

dilepaskan kerana orang ketiga
tanpa memikirkan perasaan yg selalu menghargainya
hanya kuderat sendiri,kawan2 mampu membangunkan
diri ini..
#seungkap baris merungkai seribu maksud..

 

Sunday 24 February 2013

MAKAN MALAM MENGGEMUKKAN..??



mesti ramai dari kita yang berfikiran bahawa makan pada waktu malam boleh menggemukkan...Mas pun ada berfikiran sebegitu! tapi semalam Mas ada pergi pemeriksaan kesihatan yang dibuat di office... dan Mas diberitahu yang makan pada waktu malam itu tidak menggemukkan... tapi asalkan kita makan dengan cara yang betul!

kalau kita skip makan malam ia akan membuatkan kita tidur dalam keadaan yang lapar... bila bangun keesokkan harinya pasti kita tak sabar nak makan kan? jadi ia akan menggalakkan kita untuk makan dengan kuantiti yang banyak semasa breakfast... maklumlah satu malam tak makan, perut memang lapar gila!

jadi seeloknya pada sebelah malam kita makan... menu yang sesuai ialah dua senduk nasi dengan sayur yang banyak dan seketul ayam atau seekor ikan... pelbagai jenis mee pun boleh, lebih kurang semangkuk sukatannya! ataupun dua keping roti dan segelas susu... dan makanlah pada waktu awal malam antara jam 7 atau 8 malam... 

tapi elakkanlah makan pada lewat malam... kalau rasa lapar jugak, minum segelas susu atau makan sebiji buah... asalkan boleh alas perut sehingga ke sarapan pagi! pastu jangan makan fast food pulak pada waktu malam... itu memang tak sihat dan tak membantu kita untuk diet secara seimbang!

selepas ni kita jangan skip dah makan malam ye... kita ambil makanan yang seimbang!

copy from

Cara Rasulullah menjaga kesihatan


Bagaimanakah cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi? Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek kehidupan kita.
Kali ini penulis ingin kongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar. Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta penderitaan.
Badan kita sihat, tetapi kebanyakannya hati berpe?nyakit. Antara beberapa cara hidup sihat yang Baginda amalkan adalah

Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)

Tidak pernah makan berlebihan
Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

Gemar berjalan kaki
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang ?hendak kita pergi.

Tidak pemarah
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang?kan gundah
di hati.

Optimis dan tidak putus asa
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.

Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

Pemaaf
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Bahagia sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya
copy from

KEBAIKAN MINUM SUSU


10 kebaikan minum susu.
Assalamualaikum guys... Lama sudah tidak berikan tips + petua untuk semua pembaca kongsibersamanora. Hari ini kita kongsikan 10 kebaikan susu segar atau susu tepung. Tidak kisah ler mana2 jenis susu, asalkan korang kena ambil setiap hari untuk memberikan tenaga dan kesihatan pada otak + tulang + badan kita. Tapi jangan minum selalu susu pekat manis pula.. Kurang sihat..

10 kebaikan minum susu
  • Mengelakkan osteoporosis + hipertensi + kanser kolon. Kita tidak akan mendapat vitamin tambahan + kalsium tanpa meminum susu
  • Meminum susu juga boleh melindungi kita dari kerosakan gigi + masalah kaviti. Kita harus memberi jaminan kepada anak2 tentang kerosakan gigi dengan menawarkan mereka segelas susu coklat. Tidak ada rekod kerosakan gigi kerana minum susu dengan perisa coklat
  • Lemak susu tidak memberi apa2 kesan kepada kegemukan sebaliknya terbukti bahawa mereka yang kerap minum susu menjadikan badan lebih langsing daripada mereka yang tidak mengambilnya. Susu memberikan kita banyak vitamin dan mineral untuk memastikan sentiasa sihat dan cergas
  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Minum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Minum susu tetap akan mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain
  • Minum banyak susu dapat menghasilkan kekuatan pada tulang + gigi + kuku + rambut, kerana ia sarat dengan kalsium yang membantu badan menjadi kuat dan fleksibel
  • Susu boleh menjadi pembuka baik perut terutama jika lewat makan. Meminum susu juga boleh bertindak sebagai perangsang yang awal
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat menenangkan saraf dan melonggarkan otot2 tegang supaya dapat memberi tidur yang lebih cepat. Cara ini dapat membantu selepas seharian penat bekerja
  • Minum susu boleh menyejukkan badan dan mengekalkan tahap air atau cecair dalam badan kita. Penggunaan susu selepas latihan berat badan boleh mengisi sistem dengan cecair badan yang hilang semasa senaman
  • Secara drastik susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat dan juga meningkatkan tahap tenaga dalam kita
  • Susu penuh dengan nutrien. Badan kita memerlukan nutiren untuk beroperasi dengan betul. Ia mengandungi vitamin (untuk sel-sel darah merah) + kalsium (untuk tulang yang kuat) + karbohidrat (tenaga) + magnesium (untuk lentur otot) + fosforus (untuk mengambil kesempatan tenaga) + kalium (baik untuk sistem saraf) + protein (untuk proses pertumbuhan dan penyembuhan) + riboflavin (untuk kulit sihat dan berseri) + zink (untuk meningkatkan sistem imun)

Tips susu untuk anak cerdas dan pintar
  • Setiap kali membuat segelas susu panas untuk anak kita, masukkan sesudu serbuk badam yang telah dibakar dan blend halus + sesudu kecil madu. Amalkan setiap pagi dan malam. Biji badam memberi minda yang tajam dan memori yang sangat baik
  • atau sebelum tidur rendamkan 3 biji badam dalam air segelas air masak dan biarkan sampai esok pagi. Beri badam kembang tersebut pada anak2. Amalkan setiap hari..
  • Setiap hari ajar anak2 membaca muqadam dan Quran kerana ayat2 dalam Quran lebih banyak khasiat untuk kesihatan dan keselamatan diri..

Nota
Hebat bukan kebaikan susu ini terutama semasa kita dalam keadaa kepenatan dan tekanan. Pengambilan susu panas dapat menenangkan diri dan memberi kita tidur yang sangat selesa.

P.S. Masa aku kecik dulu2 suka sangat makan susu tepung everyday + milo = superb.. Setiap pagi dan malam segelas susu + vitamin.. Memang sihat dan susah nak dapat demam atau flu. Sayang mak abah sebab memberikan kami sekeluarga kesihatan yang sangat baik.. Alhamdulillah... Hahhh.. ni yang mana tak suka minum susu ubah2 ler diri tuh belajar minum yer. Tak rugi pun.. Ok guys.. selamat menjamu susu setiap pagi dan malam...  kredit untuk e2news..

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU







Masyarakat melayu,mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti sambal belacan yang dimakan bersama ulam-ulaman,nasi lemak,lontong dan sebagainya.Terdapat juga makanan yang mengikut negeri masing-masing sebagai contoh,Melaka terkenal dengan asam pedas,Pulau Pinang pula terkenal dengan laksanya,manakala negeri sembilan terkenal dengan gulai lemak cili api.Namun begitu,bukan sahaja masyarakat melayu saja yang meminati makanan ini,malahan bangsa lain juga turut meminatinya.


MAKANAN TRADISIONAL CINA








Bukan masyarakat melayu dan india sahaja yang mempunyai makanan tradisional tersendiri,bahkan masyarakat cina juga mempunyai makanan tradisionalnya.Contohnya,dimsum,char kuew teow,charkoi dan mee suah...

MAKANAN TRADISIONAL INDIA










Di Malaysia,masyarakat India juga mempunyai makanan tradisional tersendiri.Contohnya seperti tosai,roti canai,wade,kari dan lain-lain.Masyarakat India juga mengemari makanan yang berempah.copy fromhttp://cicakmaty94.blogspot.com/